ITU INI

Saturday, February 23, 2013

Selalu saya terfikir..

Selalu saya terfikir..

Kalaulah masa boleh diganjak ke belakang..rasanya mungkin saya boleh berfikir,dan memilih betul-betul bidang yang menyebabkan saya memegang segulung ijazah. 


Tapi bila difikir lagi..

Tak mungkin. Sebab saya jumpa ramai kawan-kawan dan insan-insan yang baik, cantik jelita hensem macho berbudi pekerti berhati muuliaaa dan berwibawa sepanjang tempoh itu.Dan dalam tempoh itu jugalah menyebabkan saya lagi mengenal diri, tambahan bidang saya tu bukan sebarangan. 

.
Selalu saya terfikir..

Kalaulah saya ada satu voice recorder yang boleh kasi tau sama semua orang yang bertanya soalan yang sama, hey kenapa tak teruskan bidang kau dulu, tidakkah membazir masa kau sekarang ini? Dalam voice recorder tu saya nak kasitau sama itu semua orang..hey, kau tak tahu betapa hempas-pulasnya aku nak teruskan hidup ini,bukan aku tak nak teruskan,tapi apakan daya. Tapi In Sya Allah, tuhan itu Maha Pemberi Rezeki,


Tapi bila difikir lagi..

Apa mereka tau. Orang ada mulut.


Selalu saya terfikir..

Bagaimana agaknya kehidupan kalau saya sambung belajar, dari segi kewangan, tempat dan masa. Saya nampak gayanya macam dah berminat ke arah lain. Tapi bidang ini perlukan pembelajaran dari asas. Kerja pun belum matang lagi di bidang ni, tak boleh ambil further courses.


Tapi bila difikir lagi..

Saya dalam rancangan untuk berkeluarga. Kemungkinan besar ada banyak halangan, kesulitan dan pelbagai lagi an-an juga nanti..

Dan bila difikir lagi dan lagi..

Mungkin apa yang saya lalui selama ini bukan cabaran dan takde sangatlah halangan pun. Bak kate omputih, It's just a piece of cake...giituuw..




Moga dipermudahkan urusanku..amin..


No comments:

Post a Comment